Welcome To My Blog :)
Follow jumm , nteyy sayaa follow balek :) Kalau dah follow pm okayy ;)

1st Mei :)

Hye and Assalammualaikum :) Harini dah masuk 1 mei dah . Alhamdulillah , dah 16tahun 1 bulan aku hidup xD
Haa , malam ni saje nak tidur lambat. Best pulak chat dengan long lost adek masa sekolah rendah dlu :)
Harini dah masuk 1 mei dah . Alhamdulillah , dah 16tahun 1 bulan aku hidup xD
Haa , malam ni saje nak tidur lambat. Best pulak chat dengan long lost adek masa sekolah rendah dlu :)



She's Mayra :) Anak kepada cikgu cantik kita masa sekolah rendah dulu *sorry dek curik gmbar adek, sorry tauu? . Haa , kenal dia dah lama sangat . Dari darjah berapa entah. Tapi kenal gitu2 je , lepas berpisah masa aku dah tamat sekolah rendah, jumpa dia balik . Kat Fb dia tegur aku. Alamak , cair masatu. Tak sangka, masih ade yang ingat kitaa masa childhood dlu. Terharu k. Terharu :') Lepas 2tahun terpisah, akhirnyaa kami jumpa balik *ayat kita melankolik kann? Hihi. Lepas tuu terserempak dgn adek comel kita ni  kat luar :) Maken comel laa adek kita ni kann^^ Haihh , rindu dia. Dah 5bulan tak jumpaa. Takpee, nt tak lama lagi kita nak date dengan dia dengan nana sekali xD *sila jeles? Hihi. Okbyee. Salam :*



♥ SKoMas is in my heart ♥



Hye , Assalammualaikum semua :)


Dah lama tak jumpa kan? *padahal tak pernah jumpa pun* Hahaa . Maksud kitaa, dah lama kita tak update blog ni. Ohhkayy, nak cerita ape ekh?


Haa. Firstly, nak cerita pasal masa bulan lepas 21March sampai 23March aku mengikuti Pertandingan Bahas Ala Parlimen Daerah Pasir Gudang aje xD And aku menyandang jawatan sebagai pembahas pertama, YAB Perdana Menteri, YB Ketua Pembangkang. Nurul Afiqah pula menyandang jawatan sebagai pembahas kedua, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Timbalan Ketua Pembangkang . Nur Zarith Sofea menyandang jawatan sebagai pembahas ketiga, YAB Menteri Ketiga, YB pembangkang ketiga. Nuraisyah Suhaila pula sebagai pembahas keempat, Menteri Keempat serta pembangkang keempat manakala Nor Zila Nabila pula sebagai pembahas kelima, Menteri kelima serta pembangkang kelima :)


Seumur hidup aku tak pernah alami or takpernah ikut mana-mana pertandingan debat ala parlimen ni. Masa 19hb March, hari Isnin, pukul 8.15a.m, Cikgu Rosman panggil aku pergi bilik kaunseling nd aku tak tau untuk apa. Tiba2 smpai je bilik kaunseling, Cikgu cakap, Asma, awak ikut debat. Terkejut aku -,-' Dah lah pertandingan 21hb march, means ade 2 hari je lagi untuk berlatih.


Tanpa persediaan yang cukup, 21hb March aku nd pendebat2 lain pergi SMK Johor Jaya 2 sbb pertandingan diadakan kat sana *sekolah tu dekat giloo dgan JUSCO xD* Back to the story, then aku disuruh undi dgan pihak lawan, SMK Desa Jaya. Last, Alhamdulillah, SKoMas dpad jadik kerajaan xD Lawan punyaa lawan, bidas punya bidas , akhirnyaa kami berjaya mematahkan bidasan pihak lawan dan usul Laman Sesawang Sosial Banyak Mengundang Kepada Kedurjanaan Remaja DITERIMA xD . Aku happy gilaa masatuu x) Alhamdulillah.


Esoknyaa, kami datang lagi pada 22hb March untuk lawan dengan SMKA JB *jb ke johor jaya? aku tak ingat* Sekolah aku dapat pembangkang. Manakala SMKA dpad jadi kerajaan -,-' Okayy, takpee . Rezeki ditangan Allah :) Then, lawan punyaa lawan. Time aku punya turn, lepas Perdana Menteri berbahas, aku pulak bahas. Aku tak memberikan usaha yang baik masatu sbap, tekak aku sangat lah sakit dan sangatlah kering masatu. Then, abang SMKA tu pulak pergi bidas aku *nak tahu tak? aku pandang dia semacam, dea terus gugup xD Hahaa* Lawan punyaa lawan masa Zarith pulak nak membahaskan hujah diaa. Zarith dengki balik Menteri ketiga, sebab masa Afiqah buat izin laluan, 5kali menteri ketiga cakap mcm ni ' Sabar, sabar and sabar' Semua org dlam dewan ketawa masatu x) Then, lastly, Alhamdulillah, rezeki kami.. Usul Kurangnya Penguasaan Bahasa Malaysia Dalam Kalangan Pelajar Berpunca Dari Sikap Pelajar Sendiri DITOLAK . That means, pembangkang menang!! Kami menang, Alhamdulillah. Masa tuan sepaker dewan ckp DITOLAK je, aku terus nanges puas2 . Tak sangka menang :')


Lepastu, pukul 2 gituu, kami jumpa pulak SMK Nusa Damai. Kteorang jadi kerajaan and STaND jadik pembangkang. Lawan punyaa lawan, bidas punyaa bidas, usul Penyuburan Nilai Murni Di Sekolah Membentuk Modal Insan Cemerlang DITOLAK. Pecah hatiku masatu. Tapi takpaa, aku redha. Kami balik dengan muka sedih. Masa nak naik kereta tu, cikgu STaND, pengadil berbahas tu kata, esok SKoMas kene dtg semula untuk lawan dgan PG1 or PG2. And that's true :) Atas keredhaan dan keikhlasan kami tadi, ada hikmahnyaa. Sekolah kami diajak berlawan semula dalam pusingan separa akhir :') Alhamdulillah.


Esoknyaa, 23March, kami berjumpa dgan sekolah PG1 dengan usul yang same macam semalam. PG1 jadik pembangkang and kami jadik Kerajaan. FYI, kate cikgu PG1 cikgu nor..*maaf cikgu, kita tak ingat nama cikgu :(* pelajar2 dia, suka sangat dapat pembangkang. Dalam hati aku ckp, mesti dorang teror kann. Sebab Nicky dgan Amy cakap, masa SMKJJ2 lawan dgan PG1, memang habes dorang kene bidas dgan ayat pedas2 . Takut aku xD Then, bidas punyaa bidas, lawan punya lawan, aku nervous sgad, sebab dorang memang teror. Aku akui PG1 memg teror gilaa membidas dgan ayat pedas2, and spontan pulakk. Teror aa. Lepastuu, aku buat penggulungan sebaik yang boleh aku jerit and cakap sekuat2 hati yang usul perlu diterima. Tapi, bukan rezeki kami, SMKPG1 menang :) Usul Penyuburan Nilai Murni Di Sekolah Membentuk Modal Insan Cemerlang DITOLAK. dorang memang teror and seluar aku koyak masatu sebab pelajar PG1 and pengadil2 cakap penggulungan aku bagus * padahal tak koyak punn xD* yang kelakarnyaa masa aku gulung tu, aku baca ayat ni "Kita Berjumpa sekali lagi, di arena yang lebih tenang" Nampak perkataan tenang tu kann? Tahu tak aku baca tenang tu dalam nada yang tinggi serta penuh kemarahan. Lepas habes debat je, Zarith ketawa pasal tu xD Hahaa.


Lepastu, masa penyampaian hadiah, alhamdulillah, even kami tak dapat pergi Final, kami beruntung sebab dapat tempat Ketiga. Tempat pertama, of course dimenangi oleh pendebat terhandal pasirg gudang, SMKPG1. Kedua, STaNd. Alhamdulillah, yeayy yeayy cikgu belanja Mekdii xD Loveyouu cikgu Sahila sayangg. Sir Rosman, terima kasih atas tunjuk ajar cikgu selama 5hari ni :D
Nampak tak? Aku yang paling tinggi tuu xD From left : Nuraisyah Suhaila, Nor Zila Nabila, Nur Zarith Sofea, Dua orang lelaki pakai baju melayu tu, Nurul Afiqah and Asma Shaahed x)


Pasukan debat SKoMas and SMKJJ2 :) From Left : Amy, Asma, Zila, Afiqah, Aisyah, Zarith and Nicky Daryat(Hidayat)


Cikgu Sahila yang sangat comel, Me and Nor Zila Nabila yang sangat bahagia :)
SKoMas :) Ehh, lupaa ade Saidatul Nurhaziqah kad tengah2 tu, pelajar STaND and johan untuk Pidato :) From left : Aisyah, Me, Zila, Saidatul, Zarith and Afiqah *we're so happy*


Lastly, nak cakap ni. Alhamdulillah Ya Allah :') Syukran :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Copyright is Reserved by Eicha Iysha©