Welcome To My Blog :)
Follow jumm , nteyy sayaa follow balek :) Kalau dah follow pm okayy ;)

Aurat Kita Amanah Allah ♥

Assalammualaikum.
Alhamdulillah. Harini dah masuk hari keenam Bulan Ramadhan.
Al-quran kita dah baca sampai juzu' 5. Sikit je lagi. InsyaAllah nak khatam sebelum Ramadhan berakhir :)
Nanti, jemput datang rumah ye.

Harini, nak cerita pasal aurat wanita je k.
Alhamdulillah. Dah ramai yang pakai tudung. Syukur, Alhamdulillah.
Post harini bukan nak buat sesiapa terasa. Kita cuma nak kongsi ilmu pasal aurat.

Seperti yang kita tahu, aurat ialah amanah Allah untuk kita.
Kita kene jaga amanah Allah itu sebaik-baiknya kalau tak kita yang dapat dosa.

Kenapa Allah suruh kita tutup aurat? Ok. Jum baca ni.


Tertulis di dalam al-Quran dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, yang bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

So, persoalannya, bahagian mana sahaja yang kita boleh perlihatkan dan bahagian mana yang tidak boleh kita perlihatkan? Baca ni pula.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“ Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya maka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tangannya hingga kepergelangan.”
( Hadis Riwayat Abu Daud )

Jadi, aurat kita boleh tunjukkan hanya pada yang muhrim sahaja. Tapi, yang bukan muhrim tak boleh. Dosa nanti jadinya.

Batasan Aurat Wanita iaitu di depan mahramnya iaitu orang yang haram dikahwininya ialah wajib menutup anggota antara pusat hingga lutut. Manakala di hadapan lelaki ajnabi iaitu yang halal dikahwini ialah semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja.

Kadangkala kita lalai, kita cuai.
Asma mengaku, asma pun lalai jugak. Kita tak perasan yang kaki kita tu aurat. Padahal sudah terang didebut hanya muka dan tapak tangan sahaja.
Kadangkala, kita keluar pakai selipar tanpa memakai stokin. Sepatutnya, kita kene pakai stokin. Sebab kaki itu aurat.
So, cuba amalkan perlahan-perlahan ya :)

Kita kene menutup aurat. Bukan membalut aurat ye. Syarat menutup aurat pula macam yang disebutkan ini :


1. Tidak ketat atau sempit, tetapi longgar sehingga menutup bahagian bentuk tubuh badan yang mengiurkan. 2. Tidak terlalu tipis sehingga menampakkan warna kulit.
3. Tidak meyerupai pakaian yang berlainan jantina sama ada lelaki atau perempuan
4. Tidak meyerupai pakaian orang kafir
5. Sederhan bukan untuk bermegah-megah
6. Warna yang suram atau gelap yang tidak menimbulkan kegairahan orang yang melihatnya.
7. Tidak memakai harum-haruman atau wangian ketika di luar rumah


Baiklah. Disini ada sedikit gambar-gambar yang menunjukkan kesalahan kita. Harap lepasni kita try ubah diri kita kepada yang lebih baik ok? Amin. InsyaAllah.



Sekian dari saya. Harap kita semua dapat ambil pengajaran. Harap takda yang terasa. Sebab saya post ni bukan nak meghina. Tak. Saya cuma nak kongsi ilmu sahaja.


Assalammualaikum.


Hamba Allah.






Kelebihan Bulan Ramadhan ♥

Assalammualaikum. Sihat semua? Kalau sihat, Alhamduillah.
Kalau sakit, kita kene ingat yang sakit itu penghapus dosa-dosa kecil :')


Disini, Asma nak share tentang kelebihan bulan Ramadhan kat korang semua. Well, kalau kita ada ilmu, kita kene kongsi betul tak?


Dalam bulan Ramadhan, ganjaran amalan kita akan diberikan berlipat kali ganda.


Dalam Sabda Nabi (s.a.w) :


Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa.
Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.


Dah baca? Acane? Hebat tak Bulan Ramadhan ni? K. Memang hebat. Ganjaran kita akan ditingkatkan berganda-ganda dalam bulan yang mulia ni :') So, banyakkan beramal ok?


Other than that, benefits yang lain ialah :
1) Orang yang solat dalam bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya.


2)Sabda Nabi (s.a.w) :
Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.


Ok tak? Ok kann :) So, mari kita perbanyakkan amalan okayy. Sama-samalah kita beramal. Semoga kita sentiasa dicucuri rahmat dan nikmat daripadaNya. Amin.


Assalammualaikum.


Hamba Allah,
Asma.





♥ Salam Ramadhan ♥

Assalammualaikum.
Pada sesiapa yang baca ni, sila bersyukur kerana Allah tak lupa nak bangunkan korang pagi ni :') So, korang janganlah lupa Allah ye.

Alhamdulillah, harini dah masuk hari ketiga berpuasa.
Semoga diperbanyakkan amal dalam bulan Ramadhan ni okay?
Di sini kita nak bagitahu korang apa yang korang patut buat dalam bulan Ramadhan ni.
Firstly, seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan ni bulan yang mulia. Syaitan dikurung, namun nafsu tidak. Dan salah satu cara untuk menundukkan nafsu ialah dengan berpuasa.

Jadi, bila kita berpuasa, kita janganlah tidur je terus. Makhruh okayy.

Cara nak hilangkan rasa Lapar tu, kita kene banyak berdating dengan Allah. Kalau terasa lapar tu, rajin2 lah amik Al-quran and baca untuk 5minit pun cukup. InsyaAllah, rasa lapar tu akan hilang sendiri. Kita dah cuba. So, apakata korang cuba k nanti?


Kita kene banyakkan amalan dan perbaiki diri kita. Adalah satu kesempatan sebab syaitan dikurung, so takda yang nak hasut kita. So, ubahlah diri kita kepada yang lebih baik okay?
Kalau boleh, dalam bulan suci ni, korang try buat semua ni. Sikit je, tak banyak mana punn and senang je :)
1) Buat Solat Sunat Taubat

2) Jangan tinggal Solat Fardhu
3) Menunaikan solat sunat seperti Solat Terawih dan Solat Tahajjud dan Solat Dhuha dan Solat Tasbih
4) Menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah ( Cnthnya : Mencarut, mengumpat, memfitnah )
5) Memperbanyakkan amalan kepada Allah seperti Berzikir, Membaca Al-quran, Beristighfar.
6) Seelok-eloknya bangun sepertiga malam and buat solat Tahajjud
7) Meminta maaf dan memaafkan orang lain8) Bangun dan beramal ibadah pada Malam Lailatul Qadar ( Kalau boleh setiap hari bangun, jgn malam Lailatul Qadar je nk bangun )
9)
Memberi sedekah

InsyaAllah, semoga iman kita dipertingkatkan dalam bulan Ramadhan ni okay? Amin ya Rabbal Alamin.


Sekian Assalammualaikum.


Hamba Allah,

Asma





Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Copyright is Reserved by Eicha Iysha©